MENGENAI KAMI

Kami Membantu Memperkukuhkan Potensi Jenama Anda

Di Design X, kami sentiasa berusaha memperkukuhkan daya saing jenama anda. Tidak kira samada anda di Malaysia mahupun di luar negara, kami mampu mencipta hasil rekaan yang dapat menyerlahkan keupayaan jenama anda!

Identiti jenama yang kukuh, bahan pemasaran yang mantap dan laman web yang menarik adalah unsur-unsur utama yang dapat membantu menjayakan perniagaan anda. Kami menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan rekaan dan penjenamaan untuk memenuhi keperluan anda pada kadar mampu milik dan disiapkan dalam masa yang dijanjikan.

Bagi kami, menghasilkan rekaan yang unggul dan berkualiti adalah satu kebiasaan dan tidak hanya dihadkan kepada projek kadar premium. Hubungi kami sekarang dan hayatilah keunggulan yang kami maksudkan.


Di Design X, kami menghasilkan rekaan menarik yang membantu menyerlahkan jenama anda.

Proses Kerja

Kami sentiasa berusaha menjadikan matlamat anda suatu kenyataan dan kami mengamalkan tata kerja atau proses yang terbukti berkesan menyumbang ke arah kejayaan jenama anda.



Langkah 1 : Pendekatan

Proses bermula dengan perbincangan untuk mendapatkan maklumat penting mengenai perniagaan anda serta objektif anda.

Langkah 2 : Saringan

Berikutnya, kami akan memikirkan cara-cara penyelesaian yang paling sesuai dengan matlamat dan keperluan anda.

Langkah 3 : Rekaan

Berdasarkan idea-idea yang bersesuaian, pereka kami akan mula membuat beberapa rekaan untuk pilihan anda.

Langkah 4 : Penyesuaian

Kami mengalu-alukan pendapat anda untuk membuat penyesuaian supaya mencapai rekaan yang menepati keperluan anda.

Kami Sedia Membantu Anda – Di Mana Jua Anda Berada

Serlahkanlah Potensi Jenama Anda dengan Hasil Rekaan Kami.

Hubungi Kami